Tuesday, December 2, 2008

Persatuan Sokongan Keluarga Insan Istimewa NSDK

Latarbelakang

Persatuan Sokongan Keluarga Insan Istimewa NSDK (PSKII) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1993 oleh sekumpulan ibu bapa kanak-kanak istimewa dan didaftarkan sebagai satu pertubuhan kebajikan pada 23 Ogos 1994.
Persatuan ini dibentuk bagi membantu keluaga insan istimewa yang menghadapi masalah pembesaran dan pembelajaran.
Keahlian adalah terbuka kepada keluarga kanak-kanak istimewa daripada golongan spastic (cerebral palsy), autisme, Down’s Syndrom dan yang bermasalah pembelajaran.

Objektif

  • Mewujudkan satu landasan untuk keluarga golongan istimewa menyuara dan menyalurkan hasrat dan inspirasi kepada pihak berkuasa terhadap keperluan dan kebajikan golongan istimewa.

  • Untuk menyatukan semua keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa di seluruh Negeri Sembilan.

  • Memberi sokongan moral dan berkongsi pengalaman di antara keluarga-keluarga.

  • Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran, pemahaman dan bantuan umum terhadap keperluan hak-hak asasi dan pembelajaran anak-anak istimewa.

Aktiviti

  • Mengadakan perjumpaan (group-sharing) di kalangan ibu bapa untuk membincangkan masalah-masalah dan berkongsi pengalaman.

  • Menganjurkan latihan, ceramah dan bengkel untuk meningkat pengetahuan ibu bapa, dan ahli keluarga dalam mengendalikan anak-anak istimewa.

  • Menganjurkan lawatan & rekreasi yang sesuai bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak istimewa dan keluarga mereka bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat umum.

  • Menyebar dan meningkat kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai keperluan dan kepentingan bagi kanak-kanak ini.

Perancangan

  • Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak istimewa supaya menjadi lebih berdikari.

  • Mewujudkan ‘Group Home’ supaya mereka boleh bergaul dan membentuk persefahaman kekeluargaan di kalangan mereka dengan harapan mereka boleh hidup bersama apabila mereka tiada lagi tempat bergantung.

Bagaimana Anda Boleh
Membantu Kami?

  • Derma Tunai:

    • Anda boleh membantu kearah belanja harian untuk aktiviti-aktiviti ditempat kami..

  • Penajaan:

    • Anda boleh menaja dari segi kewangan mana-mana anak-anak istimewa di tempat kami.

  • Sukarelawan:

    • Kami mengalu-alukan bantuan sukarelawan untuk berkhidmat di tempat kami.


Alamat PSKII:

Persatuan Sokongan Keluarga Insan Istimewa
Negeri Sembilan Darul Khusus

No 97, Jalan 1,
Gedong Lalang 50, Ampangan
70400 Seremban
Negeri Sembilan DK

Tel/Fax: 06-7625200
Email: pskiinsdk@yahoo.com